CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Drop Your Ears Here~

Friday 18 November 2011

Petanda anggota badan berdenyut??

Sedang aku asyik tergedik-gedik melipat pakaian-pakaian aku untuk kembali ke alam bunian aku iaitu Uitm Merbok, tiba-tiba mata kiri aku berdenyut..nyutt nyuttt nyuttt...mengapakah?? Lantas jari jemari halus lagi mulus dan tulus terus menyambar laptop aku yang terletak hanya sekangkang baby tapir dari tempat aku mengemas dan terus meng-Google..

Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda...Nak percaya 100% tu aku tak berani jamin..Tapi setakat nak tambah ilmu tu tak salah kan?.Ni result yang berjaya dikumpul setelah bertungkus lumus meng-Google....



Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri – akan mendapat wang.

Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.

Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.

Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.

Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
**agak-agak ada tanda-tanda nie pi amek baldi siap-siap nak tadah ayaq mata tu..Satgi banjir payah..Tak cukup baldi kat rumah?? Pi pinjam yang jiran sebelah punya..**

Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.

Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
** bijik mata bergerak??? pi kanan pi kiri??? tak lamaa lagii hang nak buta kot..**

Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.




Ubun-ubun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.

Bibir bawah bergerak – akan menangis.
** sebab bibiaq hang tak lamaa lagi nak bengkak kot..dok tenyeh lipstik se-mangkok**

Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
**selama nie kepala hang statik ke??? Huyooohhhh...hebat!!!!**

Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.

Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.

Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.

Telinga bergerak – akan berkelahi.

Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.

Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.

Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.

Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.

Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.

Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.

Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.

Tangan Kiri gatal – nak buang duit.

Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi agak-agak kaki gatal dua tiga macam tu maksudnya kurap babun nak naik lah tuu...pengotoq!