Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda...Nak percaya 100% tu aku tak berani jamin..Tapi setakat nak tambah ilmu tu tak salah kan?.Ni result yang berjaya dikumpul setelah bertungkus lumus meng-Google....
Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
**agak-agak ada tanda-tanda nie pi amek baldi siap-siap nak tadah ayaq mata tu..Satgi banjir payah..Tak cukup baldi kat rumah?? Pi pinjam yang jiran sebelah punya..**
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
** bijik mata bergerak??? pi kanan pi kiri??? tak lamaa lagii hang nak buta kot..**
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Ubun-ubun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.
Bibir bawah bergerak – akan menangis.
** sebab bibiaq hang tak lamaa lagi nak bengkak kot..dok tenyeh lipstik se-mangkok**
Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
**selama nie kepala hang statik ke??? Huyooohhhh...hebat!!!!**
Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.
Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerak – akan berkelahi.
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.
Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.
Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.
Tangan Kiri gatal – nak buang duit.
Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi agak-agak kaki gatal dua tiga macam tu maksudnya kurap babun nak naik lah tuu...pengotoq!
4 komen skema:
baca gelak2 boleh lar.. baca percaya? x kot.. hehe
kalo suma gerak2? tandanya tak lmbat la tu.. sesiap la ken kapan ya ^^
haha
M fizan: ahhahaa..toksahh cayaaa..tatatw kesahiha..juz fer fun jee~
Coretan bdk kecik: hahahaha...nak mampuiihh daa kloo centuu~
Post a Comment