CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Drop Your Ears Here~

Sunday, 25 December 2011

Symphony Concert at USM

Semalam aku p Symphony Concert Penang Heng Ee & Japan Nakamura Gakuen kat Dewan Tuanku Syed Putra,USM..Aku join junior SASBAND..First time aku jumpa budak Nakamura masa aku still junior lagi time tu..Around December 2008..Time tu junior hingus meleleh lagi and to be frank aku benci concert masa tu...Semalam masa aku masuk hall USM, aku nampak Nakamura tengah perform...aku tengok seating arrangement dia...Macam-macam aku terbayang..Kes kena marah sebab susunan kerusi..Memang seyes shit kot dulu..Senget sikit arrangement sampai kenaa kutok maki hamun dengan cikgu...
WhatTheFishCake!




awwww awwwww aku suka usha sir nie awwww..



Mengimbas kenangan Concert Asma dengan Nakamura Gakuen 2008, time tu makan-makan dengan geng Nakamura..Time tu ada satay daging..Tetiba ada sorang minah Jepun (Flutist) terpingu-pingu pegang satay..Dia dok pandang pelik satay tu..Dah macam Jakun nampak Jimmy Choo jee aku tengok...Pastu dia tanya aku apekejadahnya benda nie..Dah lar tanya dalam bahasa Jepun..Aku dah lar faham bahasa Iban je..Jepun takdan belajar...Cikgu ajar bahasa Jepun dulu lari balik kampong meniaga sushi..Aku pon dengan yakin dan penuh jati pon berkata-kata 

"Satay..Some sort like meat balls..."

Tapi minah Jepun dengan kawan-kawan dia usha aku pelik..Lepas tu depa buat gaya mcm depa tak paham apekejadahnye aku cakap..Aku pon dok ulang cakap bahasa Inggeris..Namun! mereka maseh dalam kesesatan yang hakiki..Tahap kesabaran aku pon ditahap maksima..Lalu aku pon kata kat kawan aku..

"Apeke bengap sangat minah tiga ekor nie..Satay lah biol..isi lembu depa cucuk kat lidi..lepas tu bakar lepas tuu hang makan..kenyang!"

Tiba-tiba depaa gelak! Kali ini giliran aku pulak terpingu-pingu..
Minah jepun yang ketawa tadi bersuara.

"Know! Understand"

Aik..Punya hebat aku speaking sepatah haram dia tak paham..Bila aku cakap bahasa Kedah hang paham pulak?? Lahaiii.hebatt noh..naseb aku tak tunjuk skills kecek Kelate lagi...hahah


Sir Tang Chia Hoe




Saturday, 26 November 2011

budak pre- law paling dibenci??




derrrr..dengar post pun dah terbakar telinga kan?? aku budak pre-law okey..so jangan nak kutuk-kutuk sangatlah course aku ni...km 
Geng yang paling di-ANTI dimana-mana saja ke? dibenci? dicemuh? dipandang serong? Belagak? Bajet HOT? Belagak kaya? Direct buat pandai? Speaking?Hah! semua yang negatif semua milik pre-lawrian...Kalau dekat Uitm Merbok, tempat aku belajar sekarang, Papa Guard & Mama Guard selalu aim kami..ehhh?? Siot betul lah...kami direct salah...Kononnya selalu langgar peraturan..Nama jeee belajaq Law tapi sentiasa jadi problematic students...Jangan disebabkan seorang, abes semua kena badi..Kerana clorox setitik, rosak susu Anmum sebelanga..




aku tak sombong okey..Tapi mukaa aku mmg ada kesombongan sikit...budak law gediklah..bagi aku gedik tu biasa..budak law speaking je keje dia...lahaaiii...aku tak speaking tara manalah..Nak speaking pon aku rasaa cam nak kenaa kancing gigi jee..Terketaq-ketaq...budak law selalu cakap pasal politik??...yang tu aku mmg takleh nak nafikan..kadang-kadang aku menyampah bt. meluat jugak..Sebab aku memang tak berminat hal politik! tapi ..ada dalam syllabus kami okey..So in some circumstances, aku kena belajar menerima mereka yang suka ber-politik sebab mungkin mereka ingin mengaplikasikan semula apa yang dipelajarii..**apehal ayat aku skemaa giler bapok ni?***


Masa tengah naik beca sambil wat lintas hormat kat fb, aku terbaca nie! 


Reasons why you should date a law student!!!

 1.U will never get bored
2. They love dressing up
3. They will protect u  ( even if u're wrong..)
4. They never cheat ( even if they do, u won't notice)
5. They are persistent and will not give up on u!
6. They can give u free legal consultation.
7. They can stay up all night if u want them do.
8. They know how to solve disputes
9. They are great negotiator.
10. They are good with their tongues.
11. They are beautiful..** yg nie aku tambah..hahaha**
12.They know what u want to hear and say it.
13. They know your rights.. Fair dealing guaranteed.
14. No matter how complicated u are, they will try to figure out.
15. U will never be forgotten for they have a good memory and even some have photographic memo



ehhh..Jom date nan aku..hehehhehee...gediikkk....aku memang sukaa syok sendiri..hahaha

Thursday, 24 November 2011

aku makin fobia dengan rifle..

Hari nie aku main rifle..The incomplete rifle actually..sebab rifle tuu belom di balut..So..risiko rifle tu memang tinggi! dah setahun aku tak main benda tu..So, sifat bagai tapir masuk Pavilion ahh! Sikit pon aku tak warm up tapi terus spin and seperti biasa benda yang sama akan terjadi bila tak warm up..tangan aku tiba-tiba cramp dan ibu jari tangan aku tak boleh bergerak, urat hijau akan timbul dan akan berdenyut-denyut and I need at least a week to recover..Benda ni normal sebab aku dah pernah kena yang lagi teruk..Satu benda ja aku nak cakap...aku tersentap,terkedu,tergamam,terkesima..I dropped it and I failed again..5 rounds?? Poof!!! hilang..sedih taktaw nak habaq ooii..sebab benda tu patah dua..depan semua orang...Masa benda tu patah aku teringat fobia aku masa tingkatan 4..benda yang hampir sama terjadi...Rifle bukan macam instruments lain..Kalau tinggal sehari pon dah tak ketahuan hala..Ok nie semua salah aku..Aku maseh tersentap dengan apa yang terjadi tadi...Sentap sampai aku demam..

.Ok lah..malas nak cerita panjang-panjang..Sorry sebab benda tuu dah patah..takpa..aku taw aku nak buat macam mana..P' Ryu ada ajar dulu..ahah! Hah!
Part 1 Brassband

Saturday, 19 November 2011

MUET? Bencana atau Mimpi indah?

Hari nie aku meneruskan perjalanan senoi aku untuk menghabiskan sisa bisa baki daki paper MUET aku-Reading,Listening, Writing..

Reading test? Alahai...Perkataan-perkataan dalam paper tuu memang nerve-wrecking ahh! Urat saraf otak akuu dah bersimpul dah taw dak! Disebabkan satu perkataan, abes efex the whole paragraph!

Writing test? alhamdullilah better sikit..Segala isi-isi, ayat-ayat bombatik and bomlastik yang wat lintas langsung dalam otak aku semua aku guna pakai dalam esei..

Listening test? wah nie paling best!! Time nie lahh kena korek telingaa puas-puas ! Buang abes semuaa najis-najis dalam telinga tu! Konon nak bagi pendengaran clear ahh! Taleh belah..Tapi dok pekak macam tuu jugak! Apabila tape dimainkan, maka bijik mata, telinga capang, otak konon-konon bertumpu kat radio tu! acewaah! Bila tahap konsentrasi aku di tahap yang membanggakan, time tuu jugak lah burung-burung muulaa nak berkicauan, unggas-unggas mula bernyanyi riang, cengkerik mula menjerit-jerit memanggil teman-teman yang beribu batu jauhnya, katak-katak mula bermadah cinta...Hoi!!!! Awat time nie jugak?????????????
Taw dak aku tengah LISTENING TEST!! awat kejam sangat!!

Friday, 18 November 2011

Petanda anggota badan berdenyut??

Sedang aku asyik tergedik-gedik melipat pakaian-pakaian aku untuk kembali ke alam bunian aku iaitu Uitm Merbok, tiba-tiba mata kiri aku berdenyut..nyutt nyuttt nyuttt...mengapakah?? Lantas jari jemari halus lagi mulus dan tulus terus menyambar laptop aku yang terletak hanya sekangkang baby tapir dari tempat aku mengemas dan terus meng-Google..

Orang dulu-dulu memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat atau petanda...Nak percaya 100% tu aku tak berani jamin..Tapi setakat nak tambah ilmu tu tak salah kan?.Ni result yang berjaya dikumpul setelah bertungkus lumus meng-Google....



Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.

Alis Kiri – akan mendapat wang.

Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.

Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.

Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.

Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
**agak-agak ada tanda-tanda nie pi amek baldi siap-siap nak tadah ayaq mata tu..Satgi banjir payah..Tak cukup baldi kat rumah?? Pi pinjam yang jiran sebelah punya..**

Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.

Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.

Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.

Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
** bijik mata bergerak??? pi kanan pi kiri??? tak lamaa lagii hang nak buta kot..**

Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.




Ubun-ubun bergerak – berbahagia pada hari tersebut.

Bibir bawah bergerak – akan menangis.
** sebab bibiaq hang tak lamaa lagi nak bengkak kot..dok tenyeh lipstik se-mangkok**

Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
**selama nie kepala hang statik ke??? Huyooohhhh...hebat!!!!**

Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.

Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.

Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.

Telinga bergerak – akan berkelahi.

Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.

Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.

Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.

Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.

Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.

Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.

Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.

Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.

Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.

Tangan Kiri gatal – nak buang duit.

Kaki gatal – asyik nak berjalan saja tapi agak-agak kaki gatal dua tiga macam tu maksudnya kurap babun nak naik lah tuu...pengotoq!

Biar aku bercakap~

kenapa dengan aku? aku bukan gelisah.. undefined feelings! Aku rasa gembira bila kau dah boleh ketawa bila on call dengan aku.. Kenapa aku suka kau ketawa? Sebab kau kawan aku dan aku tak nak kawan aku berada dalam keadaan yang tak tentu arah... Cuma aku rasa kau bodoh! Maaf.. Itu hanya pendapat aku...Cuma satu pesan aku gunalah akal bukan otak dan bukannya nafsu kau!! Kau terlalu baik..Dan aku tak kata dia jahat... Setiasa tanya diri kau " sampai bila?"..Itu jer yang aku nak cakap..Kalau kau terbaca, kau fikirlah...Aku dah malas nak cakap sebab kau takkan dengar... Takde guna kan??

Thursday, 17 November 2011

Manusia terus bodoh kerana cinta!


Topik over hari ini ialah mengenai Cinta! Mood : Serious...Isi kandungan dalam entri ini TIDAK SAMA SEKALI MERUJUK KEPADA MANA-MANA PIHAK...Ia sekadar pandangan dan luahan..Tiada diskriminasi jantina disini..

Seorang wanita sanggup menunggu seorang lelaki yang tak mungkin pernah melihatnya walaupun sesaat..Dan sentiasa berharap agar satu hari,lelaki itu akan mulaa membuka matanya dan melihat kehadirannya walaupun sementara..Kenapa wanita seperti ini? Itu cinta atau hanya memperbodohkan diri?

Seorang kekasih sanggup bertahan dan setia terhadap kekasihnya yang ternyata sentiasa mempunyai "spare parts" yang lebih macho.. Sanggup membutakan mata, memekakkan telinga, menahan air mataa dan berlagak seperti tidak tahu apa-apa dan terus bersama dengannya walaupun sudah beberapa kali terlukaa,,Kenapa lelaki seperti itu? Itu  cinta atau hanya memperbodohkan diri?

Bodoh kerana masih menanti? Bodoh kerana masih menangis? Bodoh kerana terlalu mempercayai? Bodoh kerana terlalu setia? Bodoh kerana tertipu?Bodoh bodoh dan terus bodoh..Sampai bila nak terus jadi bodoh? 
Dear Mr.Arrogant,..Setia terhadap mereka yang tak setia? Hanya buang masa..